Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Calendar.. ^_^

Search This Blog

Thursday 1 December 2011

: : Nabi Nuh a.s. : :

Menerima Banyak Ujian Dari Allah



Seperti dengan Nabi dan para Rasul yang lain, Nabi Nuh a.s. juga tidak kurang mendapat dugaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pesuruh Allah. Selain menerima cemuhan dan ejekan dari umatnya, ujian terbesar bila anak kandungnya sendiri menolah ajaran baginda.
            Nabi Nuh a.s. adalah keturunan yang kesepuluh dari ketutunan Nabi dam a.s. Baginda di utus oleh Allah s.w.t. untuk menyeru umat manusia supaya menyembah Allah, dan melarang menyembah yang lain selain daripadaNya. Tetapi manusia pada waktu itu tidak mempercayai seruan Nuh dan sentiasa memperolok-olokkannya. Nabi Nuh menerima ejekan tersebut dengan penuh kesabaran malah tidak pernah berputus asa dalam menyeru manusia beriman kepada Allah.
            Apabila Nabi Nuh a.s. memberitahu mereka dengan ancaman akan mendapat siksaan berat bagi mereka yang tidak mahu beriman kepada Allah, mereka memperlekeh-lekehkan, bahkan mereka menyuruh Nuh menunjukkan janji Allah itu sekiranya Nuh orang benar.
            Nabi Nuh a.s. menyeru kaumnya untuk beriman kepada Allah dalam surah Hud ayat 25 – 31 yang bererti: “Sesungguhnya kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya seraya berkata: “Sesungguhnya saya seorang yang member peringatan yang jelas kepadamu:
            Janganlah kamu menyembah selaindaripada Allah, dan saya khuatir apabila nanti Allah mendatangkan siksaan yang sangat pedih kepadamu,” lalu pemuka-pemuka yang tidak beriman dari kaumnya itu mengatakan: “Kami melihat engkau hanya sebagai manusia serupa kami juga, dan kami melihat orang-orang yang mengikut engkau, tiada lain dari golongan orang-orang rendah di antara kami, yang belum berfikir lebih dalam. Dan kami tiada menampak kelebihan kamu dari kami, bahkan kami mengira bahawa kamu adalah orang-orang pendusta,”
            Nuh berkata pula, “Hai kaumku! Adakah kamu fakir juga jika saya mempunyai keterangan dari Tuhanku dan saya mendapat rahmat, daripadaNya, iaitu berupa wahyu, maka tersembunyi yang demikian itu kepadamu, patutkah kami memaksamu menerimanya, sedangkan kamu membencinya? Hai kaumku! Tidaklah saya meminta suatu harta kepadamu dalam hal (urusan) ini, tiada pula saya memnta upah, melainkan kepada Allah juga, dan tidak pula saya mengusir, mengapakah kamu tidak dapat menerima peringatan? Saya tidak mengatakan kepadamu bahawa pada saya ada gudang perbendaharaan Allah, saya tidak mengetahui perkara yang ghaib dan tidak pula saya mengatakan: Saya seorang malaikat. Saya tidak mengatakan kepada  orang yang kamu pandang rendah, sekali-kali tidaklah Allah mendatangkan kebajikan kepada mereka. Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Bila saya mengatakan yang apa yang di dalam hati mereka. Bila saya mengatakan yang demikian, niscaya saya masuk dalam golongan orang yang aniaya,” Seruan Nabi Nuh itu mereka sambut dengan cemuhan dan ejekan sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran Surah Hud ayat 32 yang bererti, “Hai Nuh! Sesungguhnya engkau telah mengajak berdebat dengan kami. Banyak benar debatanmu itu. Cubalah engkau datangkan kepada kami siksaan yang engkau janjikan pada kami itu, jika sekiranya engkau orang yang benar,”
            Akhirnya kerana mereka tidak juga mahu menerima kebenaran, maka Allah menurunkan kepada mereka siksaan yang berupa banjir besar, sehingga mereka menjadi musnah semua sekali.


bersambung...

No comments:

Post a Comment