Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Calendar.. ^_^

Search This Blog

Saturday, 26 November 2011

Pantun Awal Muharram *IM Mujahid*


Sudah lama tidak bersua
Jemaah Haji kembali berangkat
Salam Maal Hijrah mula bicara
Semoga Umat ISLAM bermuafakat.

Kisah semalam jangan difikirkan
Bersama-sama membantu Teman
Bekalkan Ilmu berpandukan iman
Pastikan ISLAM Di Pertahankan.

Mandi Dengan Air Perigi
Rasa Menggigil kesejukkan
Jangan Masih dibuai mimpi
Buktikan jadi kenyataan.

Jika inginkan sifat Ihsan
Contohi Sabar RASULULLAH
Jiwa subur Dengan Iman
Cekal Dan tabah,InsyaAllah.

Umat Islam semakin Maju
Dakwah berkembang merata Dunia 
Muharam membuka lembaran baru
Sebagai Ulama Pejuang Agama.




No comments:

Post a Comment