Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Calendar.. ^_^

Search This Blog

Monday, 5 December 2011

: : Makna Bacaan Dalam Solat : :

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji
bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang
pagi  dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan
yang ,emcipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan
berserah diri dan aku bukan
dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan
Kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan
aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha
Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam.
Yang maha pemurah lagi
maha megasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkau
kami mohon pertolongan.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
Kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang
Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia
dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian
orang yang memujiNya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi
Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi
dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara
dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat
solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatanNya.
Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah
ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat
solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatanNya.
Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah
ke atas Nabi Muhammad
dan ke atas keluarganya.
 Sebagaimana Engkau selawatkan
ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad
dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut

Ya Allah,
berilah aku petunjuk sebagaimana
orang-orang yang
telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang
Telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa
yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah yang menetapkan
dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang
yang memperoleh pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi.
Telah member berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah
segala macam puji terhadap apa-apa
yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat
kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad,
Nabi yang Ummi dan sejahtera ke atas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

            “Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu…
Namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu…
Kami lah hamba yang mengharap belas darimu.” Ya Allah jadikanlah kami
hamba2 Mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami. Kedua ibu bapa kami.
Dosa semua umat Islam yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia”

No comments:

Post a Comment