Blog Archive

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Calendar.. ^_^

Search This Blog

Friday 9 December 2011

: : AL-QURAN & ORANG MUNAFIK : :

Al-Quran adalah Kitab yang lengkap mengandungi hukum2 dlm 


ibadah (ibadat), undang2 jenayah (jinayat), perniagaan (muamalat), 


perkahwinan kekeluargaan (munakahat) & pentadbiran Negara 


(daulah) untuk menjamin keadilan & keselesaan di dunia. Ia juga 


mengandungi doa2 dlm semua aktiviti manusia dari bangun pagi, 


berurusan dgn manusia dan alam hinggalah doa sebelum tidur. Ia 


juga merupakan ubat kepada penyakit sosial dan fizikal manusia. Ia 


juga mempunyai sejarah sebelum penciptaan bumi, balasan manusia 


sejak zaman Nabi2 (Adam, Idris, Noh, Hud, Salleh, Lut, Ibrahim, 


Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Shuaib, Harun, Musa, Daud, 


Sulaiman, Ayub, Zulkifle, Yunus, Illias, Illyasak, Zakaria, Yayha, 


Isa) as dan Nabi Mohammad saw sehingga selepas Kiamat serta 


keadaan kehidupan di Shurga & neraka. Ia mengandungi nasihat dan 


ancaman kepada manusia yang berakal. Ia mengandungi pelbagai 


rahsia dan misteri yang perlu diungkai. Hukum Allah berasaskan 


untuk mendidik manusia menjauhi kesalahan tidak menguntungkan 


atau merugikan Allah swt. Kuasa Allah tidak akan terjejas jika 


manusia tidak mahu menurut hukumNya tetapi kebinasaan adalah 


akibat yang menanti kehidupan manusia. Kuasa Allah juga tidak 


akan bertambah atau berkurang jika manusia menuruti hukum Allah. 


Menuruti hukumNya akan membawa keselamatan, keamanan dan 


sejejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Manakala 


hukum manusia menguntungkan kerajaan dan orang kenamaan & 


menindas orang miskin. Orang Islam beriman (mukmin) 


mengamalkannya semua hukum Allah manakala orang munafik 


(berpura-pura beriman) akan memilih-milih bab yang 


menguntungkannya saja. Pemerintah yang tidak menjalankan hukum 


Allah akan terawal sekali diseksa di akhirat kerana kemunafikannya 


bersama ulama yang berdiam diri menyembunyikan kebenaran 


Quran. Ulama2 jahat yang tidak amanah ini diam kerana takut akan 


kehilangan gajinya. Mulut mereka telah dijahit dengan wang. 


Kebenaran dirahsiakan mereka dan mereka tahu kesalahan mereka 


tapi mereka gila dunia lalu sanggup mendiamkan diri kerana wang 


dan pangkat. Mereka sanggup biarkan orang awam yang bodoh 


hidup dalam maksiat. Mereka tidak berani menyatakan hukum yang 


sebenar dan mereka berdiam saja. Mereka bacul atau penakut untuk 


menegah orang ramai supaya tidak membuka aurat. Mereka tidak 


berani menasihati pemerintah yang melakukan dosa dan maksiat. 


Mereka sebenarnya tidak yakin dengan Allah tapi yakin dengan 


bisikan syaitan laknatullah. Mereka rasa hukuman Allah tak sesuai 


dan terlalu kejam. Mereka yang berfikiran demikian sebenarnya 


sudah dikira kufur atau hampir kafir (menolak hukum Allah dan 


percaya hukum otak mereka lebih baik dari hukuman Allah) 


Hukuman yang tidak berasaskan Quran akan dihukum semula di 


dalam kubor & di akhirat di depan Allah swt. Orang Mukmin akan 


ke shurga manakala munafik akan dihukum di neraka sebelum 


dibenarkan ke shurga.

Orang Islam yang baik (mukmin) manakala orang Islam yang 

jahat (munafik). Mereka yang ada hubungan baik dengan Allah 

(habluminAllah) dan hubungan baik sesama makhluk Allah 

iaitu manusia, haiwan & tumbuhan (habluminannas). Orang 

Islam yang mempunyai hubungan baik dengan Allah 

(habluminAllah) dan hubungan baik dengan makhluk Allah 

(habluminannas) adalah orang mukmin manakala orang 

munafik mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Allah 

serta hubungan buruk dengan manusia, haiwan & tumbuhan. 

Kalau orang itu ada hubungan baik dengan Allah sebagai 

hamba Allah maka hubungannya dengan manusia, haiwan dan 

tumbuhan adalah baik. Contoh orang yang sembahyang bila ia 

senang & tak sembahyang bila ia sibuk, mempunyai hubungan 

buruk dengan Allah maka hubungannya dengan manusia juga 

adalah buruk. Dosa dengan Allah boleh bertaubat nasuha dan 

mendapat keampunan Allah tapi dosa dengan manusia wajib 

diminta maaf, kalau tak sempat maka akan diadili di mahkamah 

akhirat. Hutang dengan Allah seperti solat atau puasa boleh 

diqada tapi hutang dengan manusia wajib dibayar selagi ia 

hidup, jika tidak nerakalah dahulu. Orang Islam yang dosa & 

pahalanya sama banyak akan ditempatkan di ‘Ak-raf’ di mana 

dia berada di antara neraka & shurga. Bila dia dihadapkan ke 

neraka, dia akan takut, sedih dan berdoa & bila dia dihadapkan 

ke shurga, dia akan gembira dan berdoa agar dimasukkan ke 

shurga sehinggalah Allah mengampunkan segala dosanya.

Untuk hidup selamat, sejahtera, aman, damai dan tenteram dan 

tenang maka tunaikanlah hak Allah, nescaya Allah akan 

tunaikan hajat dan hak kita.Hak Allah yang kita wajib tunaikan 

terkandung dalam Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ehsan. 

Laksanakalah semua ibadah kita dengan sempurna zahir dan 

batinnya serta ikhlas kerana Allah supaya mendapat keredhaan 

Allah dan barakah hidup kita. Bershukur kepada Allah setiap 

kali bila kita dapat menegakkan hukumNya kerana segalanya 

yang berlaku adalah dengan izinNya juga. Jangan rasa sombong 

atau megah jika kita dapat melaksanakan satu ibadah kerana 

ditakuti timbul rasa ria’. Ria’ akan menghapuskan semua 

amalan kita. Ria’ adalah perasaan halus kita yang hanya 

diketahui oleh kita dan Allah saja. Para malaikat pun tidak 

tahu. Ria’ ini adalah bisikan syaitan. Ria’ berlaku apabila kita 

melakukan ibadah kerana manusia atau meninggalkan ibadah 

kerana manusia BUKAN kerana Allah. Contohnya jika kita 

menderma kerana inginkan pujian manusia itulah ria’ sebab ia 

bukan kerana Allah (tidak ikhlas). Allah tidak akan memberi 

pahala bahkan akan menyeksa kita walaupun malaikat 

menjunjung usaha ke langit untuk dipersembahkan kepada 

Allah sebagai amalan baik kita pada hari itu, tapi Allah 

perintahkan amalan itu dicampakkan kemuka penderma tadi 

kerana tidak ikhlas dan tidak dicatat sebagai ibadah malah 

amalan sia-sia. Sebagai contoh lagi, kalau kita buka aurat 

kerana majoriti manusia sekeliling kita terdedah aurat. Kita 

rasa malu untuk tutup aurat, maka tidak menutup aurat kerana 

manusia, adalah ria’. Ringkasnya buat ibadah kerana manusia 

atau tinggalkan ibadah kerana manusia adalah ria’ dan 

berdosa. Kalau kita mati ketika itu maka ‘confirm’lah neraka 

tempatnya (nauzubillah himin zaalik).

Kesimpulannya, buatlah ibadah kerana Allah swt dan 

tinggalkan maksiat juga kerana Allah swt. Bila selesai sesuatu 

ibadah (segala amalan yang baik) maka bershukurlah kerana 

Allah mengizinkannya berlaku. Berdoalah agar ibadah itu 

diterima Allah. Jangan sekali-kali merasa bangga dengan 

amalan itu. Mesti ada rasa ruju’ dan khauf (takut dan 

berharap), bimbang amalan itu ada cacat dan cela dan 

berharap dan berdoa agar Allah terima ibadah itu dan diberi 

ganjaran pahala. Sesungguhnya semua dari Allah dan kepada 

Allah jua akhirnya. Kita dari Allah dan kepada Allah kita 

kembali. Wallahu alam bisawab.



No comments:

Post a Comment